»

Friday, May 11, 2012

Sebagai peringatan dan pedoman bersama.


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas....

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

if raj!n komen la yer!!

Saturday, April 7, 2012

Friday, April 6, 2012

Home Sweet Home.

Dah lama aku xbalik kampung,Plan nak balik 12/4 - 17/4 ni..tapi tetiba lak plan bertukar last minit.. :) terpaksa lah aku balik smggu awal dari tarikh tu.. but so far so good lah.. blik ttp balik & byk pengalaman & suasana baru aku alami. sudah hampir 3bulan aku di Kuala Lumpur, mmg RINDU bangat sama kampung halaman aku dikelantan ni. Dulu beria-ia nk pergi Key-ell dah ada sana rasa nk balik duk kampung plak..ishh..memain btol lah perasaan aku ni..HAHAHA! apa-apa pun biarlah 5 hari ini cukup beri aku ketenangan yang aku inginkan. :)


if raj!n komen la yer!!

Wednesday, April 4, 2012

Gabungan Terbaik Protection


Microsoft touts five features of Microsoft Security Essentials:
• Remove most-prevalent malware
• Remove known viruses
• Real-time anti-virus protection
• Remove known spyware
• Real-time anti-spyware protection
Homepage - http://www.microsoft.com/security_essentials/
  

download site : 
klik disini -32bit
klik disini -64bit


if raj!n komen la yer!!

FAM! BERUBAH LAH DEMI MASA DEPAN BOLA SEPAK MALAYSIA.


Malaysia ketika itu sedang sibuk menyediakan persiapan untuk Piala Asia 2007 dan pada masa yang sama Manchester United pula mahu bertandang ke Kuala Lumpur.

FAM sebagai sebuah badan organisasi bolasepak yang terkenal dengan budaya mengampu, membodek dan menjilat pantas menyambut kedatangan Manchester United, yang membuatkan AFC dan FIFA berang kerana dilihat mengabaikan persiapan Piala Asia 2007. Ahmad Basri Akil, selaku tokoh bolasepak tersohor mengkritik FAM yang mengagungkan kelab bolasepak Inggeris dan terus digantung untuk tempoh 3 tahun.

Sebab itulah Bolasepak Malaysia setakat di Asia Tenggara sahaja, Kerana FAM PANTANG DIKRITIK.

if raj!n komen la yer!!

Monday, April 2, 2012

Otak anda NORMAL or TIDAK NORMAL?

hahahahaha :| lihat gambar di bawah dan apa yang anda nampak?..
Menurut Kajian,
Kanak-kanak tidak nampak gambar individu yang sedang
BERMESRA
sebaliknya yang kanak-kanak nampak ialah
9 Ekor Ikan Dolphin,
ini menunjukkan mereka tidak pernah melihat atau membayangi apa-apa berkaitan 18sx
dan hanya nampak binatang disebalik gambar tersebut.
jika anda nampak gambar seseorang sedang bermesra, maknanya anda perlu mencucikan fikiran anda. hehe..

p/s : jmpa ke ikannyer? hehehe..

if raj!n komen la yer!!

Sunday, April 1, 2012

Ketika bicara Tanpa suara

Saat lidah kelu tanpa suara, kucapai helaian warkah kosong…kubiarkan pena menari rancak, melakar sebuah rahsia hati, mencurah secebis rasa yang terpendam di dalam jiwa, menyingkap kebuntuan yang terkunci di minda… biarlah tiada jawapan yang terbalas…,biarlah tiada siapa yang peduli… biarlah dunia menjauhi diri… kerna di sisiku ada Dia yang Maha Melindungi… Dia yang Maha Kekal…


Setelah hampir 4 tahun kita tidak bertemu, pertemuan kedua cukup memberikan aku sejuta kegembiraan.. terukir senyuman dikala diri aku disapa manis oleh kau yang bernama cinta. Cinta, kau masih seperti dahulu. cantik dimata aku, bukan hanya mimpi dalam lena. Terlalu aku menginginkan kembali saat-saat indah dahulu. Teringat tiap detik dan saat dikala kau berada didepan mata..Sayu hati ini ingin menangis..diam seribu bahasa disaat kau hampiri diri aku cinta, tiada daya aku untuk menegur kembali kau cinta! apa daya terpaksa aku telan semua yang telah berlaku. Sekelip mata aku hilang semuanya cinta! Aku rindu sangat saat kita berbicara dulu, saat suka duka, tawa hilai bersama, Tapi disaat kau didepan aku, hanya hati teman aku berbicara. Cukup indah untuk dikenangan, cukup pahit untuk ditelan. Saat semua bergembira, hanya hati temankan aku berduka sendiri.  maafkan aku cinta, bukan niat aku untuk menambah derita dihati, cuma diri ini masih lagi ingin kan kau kembali.
Cintaku Padamu UTUH TAK TERSENTUH.

    Ya Allah,
    Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
    Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
    Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
    Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
    Kudambakan keredhaanMu..
if raj!n komen la yer!!